PERHATIAN! ATTENTION!
Ini kisah benar aku. Bukan rekaan semata-mata. Bukan cerita doktor cinta atau novel cinta yang aku cuba adaptasikan. Oh tidak sama sekali. Dan aku tak pernah terlintas peristiwa seperti ini akan terjadi pada orang di sekeliling aku.
**********************************************************************************
Hati ini tiada siapa yang paksa. Hati ini memang tidak boleh dipaksa-paksa. Hati ini juga yang merasa. Siapa tahu suatu hari nanti hati ini bisa kecapi nikmat cinta. Tiada siapa juga yang sangka hati ini kecewa akhirnya. Itulah hati. Tiada sesiapa bisa menduga apa jua pengakhirannya. Kita manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.
Aku bukan lesbian kerana tiada hadirnya lelaki istimewa dalam kehidupan. Dan bukan juga kerana lelaki yang tidak tampan aku masih bersendirian. Tetapi aku belum bersedia untuk hidup berpasangan(couple). Malahan, dalam sejuta kaum Adam di atas muka bumi ini tiada lagi yang bisa menggetarkan naluri keperempuananku. Aku mahu mengejar sejauh mana impian yang bisa digapai. Kalau boleh sehingga ke menara gading. Aku nak mak dan abah tersenyum ke telinga melihat anak bongsunya berjaya di dunia insyaAllah di akhirat jua. Aku redha dengan ketentuan Tuhan dan aku sangat yakin dengan jodoh yang sudah ditentukan. InsyaAllah, tak ke mana.
Itulah kuasa Allah yang tidak terjangkau dek akal fikiran. Di saat aku bersendirian ini lah kau hadirkan seorang lelaki yang benar-benar menyayangi diri ini. oh! orang dekat sahaja. tidak jauh rupanyap. Tidak pernah pula aku sangka diri hina ini ada yang sudi menghulurkan salam perkenalan. Aku rasa tiada salahnya sekiranya aku sambut huluran salam si dia. Tiada niat apa-apa. Cukuplah sekadar bersahabat. Tidak mahu menaruh sebarang harapan pada permulaan. Orang kata biar kawan beribu, tapi kekasih hanya satu. So, kekasih yang satu itu datangnya dari kawan beribu. Kenal hati budinya dahulu baru kita tahu. Tak kenal maka tak cinta ye tak?
Hanya kata-kata penghubung rasa. Sebulan, masuk dua bulan, masuk tiga bulan. Ya! dia lah yang tersemat di jiwa. Di hati ini sentiasa bertakhta. Aku tidak ragu lagi. Kawan yang menjadi pengantara juga sudah memberi kata pasti. Si dia bukan main-main dalam soal hati. Tetapi serius mahu aku dijadikan isteri di sisi. Cerita lalu benar-benar mengajarnya. Kekasih hati bukan pada rupa, tetapi budi pekerti yang tulus suci, hati ikhlas tanpa rasa meninggi diri dan sopan santun hiasan peribadi yang sejati. Aku pula terima dia seadanya walau indah khabar daripada rupa. Kisah lama biarlah menjadi sempadan. Tak perlu aku cerita di sini. Hanya aku, dia dan Allah saja yang tahu. Biarlah aku kenal kau yang versi baru.
Dia lelaki yang sederhana. Tetapi dia kaya budi bahasa. Aku tak pandang pada hartanya, yang penting agama. Bila mana dia lah yang bakal menjadi nakhoda. Aku pula hanya perempuan biasa. Tiada apa yang istimewa. Cukuplah sekadar didikan agama yang diterapkan sejak kecil. Pandai membawa diri walau ke mana jua. Aku tak tahu apa yang menariknya aku pada matanya. Itu lah cinta pandang pertama katanya. Sungguh kau memang pandai bermain kata. Boleh jadi hati mana-mana wanita cair bak ketulan ais dipanah matahari.
Hadirmu dalam hidupku benar-benar membuatkan hari-hari mendatang sungguh bermakna. Terasa diri ini sungguh dihargai. Aku sangat berharap kau lah yang pertama dan kau juga yang terakhir. Tiada kedua mahupun ketiga. Aku sayang kamu sangat-sangat. Tapi aku pohon kemaafan kerana satu penantian. Aku tidak bisa untuk melayar bahtera bersamamu tika ini. Usia yang masih muda dan cita-cita masih di takuk lama. Aku perlu lunas janji mak dan abah dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan