Saya baru kenal dia,dah berjumpa dah pun dan kami masih lagi berhubung antara satu sama lain melalui handphone dan berjumpa.Kami kerap berjumpa dan kami selalu berjumpa.
Setakat ni hubungan kami macam kawan biasa umpama cinta platonik.boleh dikatakan selalu juga la kami keluar makan bersama.Tapi,kalau keluar dating tu jarang-jarang la,sebab dia selalu sibuk dan saya pun tak mahu la kacau dia tengah buat kerja.
Lagi satu, kami telah berkawan selama 2 bulan.Saya suka pada dia pun masa mula-mula kenal.Saya suka dia sebab dia terlalu baik dengan saya,dia adalah lelaki yang paling baik pernah saya jumpa.Sebelum ini saya tak pernah rasa bahagia seperti mana saya bahagia dengan dia ni.Dia ni sangat awesome suka buat saya gembira.Saya bahagia dapat kenal dia.
Malangnya,saya dengan dia tidak dapat bersama selamanya,kerana dia adalah hak orang lain.Dan tak mungkin saya boleh hidup dengan dia selamanya.Jujur saya katakan,saya memang betul-betul sayangkan dia.Memandangkan dia hak orang lain,saya terpaksa terima hakikat yang kami tak ada jodoh untuk bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan